Tuesday, August 31, 2010

DARUL HIKMAH

Di Darul Hikmah, rawatan yang di jalankan adalah seperti berikut:


a) Urut Tradisional - Kaedah urut badan cara tradisional Melayu. Ini dapat membantu merawat sengal-sengal serta lenguh-lenguh badan, keseliuh, bengkok, sakit kepala, penyakit urat saraf, membuang angin, lemak serta lendir, dan juga dapat menjaga kesihatan tubuh.


b) Bekam - Bekam adalah satu kaedah untuk mengeluarkan darah serta kotoran atau toksin dari tubuh kita. Kaedah ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Kaedah ini sangat baik untuk menjaga diri kita dari berbagai macam penyakit yang memudaratkan pada hari-hari tua nanti.

c) Gurah - Ini adalah satu rawatan tradisional Melayu yang dapat membantu untuk berbagai masalah seperti resdung, sakit mata, masalah perut, juga masalah pernafasan seperti semput, batuk kering dan lain-lain. Gurah terbagi kepada empat, gurah mata, hidung, perut dan vagina.


d) Jabat Urat - Ini adalah kaedah merawat masalah penyakit lelaki seperti lemah tenaga batin, masalah saiz, masalah kekerasan dan lain-lain. Jabat Urat juga dapat membantu untuk masalah sexual wanita seperti masalah zuriat.


e) Tenaga Dalam - Tenaga Dalam dapat di gunakan untuk merawat penyakit zahir serta bathin. Tenaga Dalam dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan tenaga atau 'chi' dalam tubuh kita agar penyakit yang kita rasai dapat di ubati sendiri oleh tubuh kita.

f) Rawatan Islami – Kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran atau do’a untuk merawat berbagai macam penyakit. Kaedah ini telah di buktikan keberkesanannya.


g) Herba - Kaedah rawatan menggunakan produk alami seperti tongkat ali, dan lain-lain herba melayu dan china.

h) Homeopathy -

i) Vitamin - Antara lain menggunakan Vitamin C, E yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna.

Monday, August 30, 2010

Pesakit 001/10

Pesakit ini seorang wanita yang telah disihir oleh seorang kawan nya sendiri. Ini testimoninya setelah rawatan.

Kepada : Dr. Rashidinz



Assalamualaikum,


Terimakasih kerana dapat menolong saya sekeluarga dan pulihkan keadaan dari ilmu hitam yg timpa kami sekeluarga.


Sebelum ini, saya selalu marah2 dan selalu resah. Kepala saya asyik pening, tengkok dan bahu saya bisa2.


Malam hari, tidur saya tak lena dan kadang2 meracau dan menendang dalam tidur.


Setelah Dr. Rashidinz dan teman2 datang mengubat serta kembalikan semangat kami sekeluarga. Keadaan kembali tenang dalam rumah kami. Walaupun semasa proses perubatan, perit dan bias rasanya, rasanya berbaloi apabila dapat dikeluarkan barang2 kotor dari badan saya dan anak2 saya. Selama lebih 5 bulan kami merana, akhirnya keadaan kembali tenang.


Akhir kata, kami sekeluarga ingin mengucapkan banyak2 terimakasih kepada Dr. Rashidinz dan teman2 kerana membantu kami.




Yang Benar,


R.A (Nama dirahsiakan untuk menjaga privacy pesakit)