Showing posts with label pengubatan. Show all posts
Showing posts with label pengubatan. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Latihan Perubatan Islam dan Tradisional Melayu - Belajar perubatan dari rumah dengan menggunakan kemudahan zaman moden

Darul Hikmah ada menyelengarakan Latihan Perubatan Islam dan Tradisional Melayu selama 6 bulan bagi individu-individu yang berminat. Latihan ini akan dilangsungkan secara jarak jauh selama masa latihan itu dan setiap minggu pelajar akan menerima email yang memuat-turun video program latihan untuk minggu tersebut, berserta notanya sekali. 

Program latihan ini bermatlamat untuk melatih pelajar dalam merawat masalah-masalah zahir serta batin dan juga ilmu pendinding diri dari terkena masalah-masalah tersebut. Latihan dengan video dapat lebih memberi pemahaman pada pelajar kerana dengan kaedah-kaedah sebegini, latihan akan dapat ditunjukkan dengan terang.


Kursus latihan ini amat digalakkan kepada individu-individu berikut:
  • mereka yang berminat menceburi bidang perubatan tradisional
  • mereka yang ingin merawat sanak saudara dan keluarga sendiri; dan
  • mereka yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan diri

Antara kandungan latihan:

1) Ilmu Tenaga Dalam Pernafasan untuk membangkitkan tenaga penyembuhan
2) Ilmu Alin Telur Tengok Penyakit
3) Ilmu Terawangan
4) Ilmu Pengubatan Hikmah
5) Ilmu Gerak Ghaib
6) Ilmu Pernafasan Kesihatan
7) Cara Membuat Air Asma
8) Ilmu Pengubatan Melayu
9) Ilmu Pengasih
10) Ilmu Bakar Penyakit
11) Ilmu Penawar Racun, bisa dan santau
12) Ilmu Aura

13) Kaedah Keluarkan susuk
14) Ilmu Bismillah 5
15) Ilmu Bismillah 6
16) Ilmu Sirih Sembur
17) Ilmu Mandi Asma

18) Ilmu Alin Penyakit pakai Telur
19) Ilmu Mandi-mandian
20) Ilmu Firasat Batin
21) Ilmu Minta Petunjuk Ghaib

22) Pengubatan Jarak Jauh
23) Ilmu Jabat Insan
24) Ilmu Pagar Ghaib
25) Ilmu Kesan penyakit dengan Al-Fatehah
26) Ilmu bangkitkan inti tenaga dalam
27) Ilmu Gerak Ghaib
28) Ilmu Terang Hati

29) Ilmu 30 huruf
30) Ilmu Jabat Al-ikhlas
31) Do’a Raja Penawar
32) Ilmu Puter Giling
33) Cara isi tenaga dalam pada pesakit/ buka kunci energy negatif pada pesakit
34) Cara isi tenaga dalam pada orang lain
35) Ilmu Sangkal Putung
36) Ilmu zikir khusus untuk pesakit
37) Ilmu minyak perubatan dan minyak pengasih dan penunduk
38) Petua ambil ubat
39) Ilmu Bismillah
40) Ilmu Al-fatehah

41) Ilmu Pendinding
42) Ilmu Nur Maunah Allah
43) Ilmu Nur Muhamad
dan lain-lain.


Yuran latihan ini adalah SGD$170 untuk bulan pertama, termasuk yuran pendaftaran, dan SGD$120 setiap bulan, untuk bulan-bulan berikutnya selama 5 bulan.


Bagi individu yang tiada langganan internet, kami akan kirimkan filenya dalam bentuk CD dengan harga posnya di tanggung individu itu sendiri.

Latihan praktikal juga dapat dirundingkan pada individu yang berminat setelah menamatkan pelajaran perubatan ini. Sijil pengiktirafan juga akan di berikan pada pelajar-pelajar yang tamat latihan ini.

Jika berminat sila hubungi rashidinz@hotmail.com

Wednesday, October 13, 2010

Jabat Urat - Membantu masalah, Menjadikan 'burung pipit' ke 'burung garuda'


Jabat urat adalah satu kaedah urut tradisional yang telah lama di lakukan di kalangan  masyarakat Melayu terutama sekali di Malaysia and Indonesia.

Kaedah ini dapat membantu menyelesaikan berbagai masalah lelaki dan juga boleh membantu untuk menjaga kesihatan daya batin lelaki.

Kaedah jabat urat ini adalah satu kaedah urut pada bahagian kemaluan atau zakar serta buahnya dan ari-ari.

Bagaimana urutan Jabat Urat?

Seperti urut pada bahagian lain tubuh,  jabat urat ini adalah untuk membuang angin serta lemak yang terkandung atau tersimpan dalam kemaluan lelaki.  Lemak angin ini yang menyebabkan berbagai macam penyakit diantaranya,  lemah tenaga batin, mati pucuk dan angin pasang.

Setelah di urut, maka akan terkeluarlah angin serta lemak dalam kawasan tersebut, dan ini akan memulihkan perjalanan darah.  Bila ini terjadi, tenaga batin seseorang lelaki akan juga pulih.
  
Jabat Urat dapat membantu menjaga kesihatan batin seseorang lelaki sehingga menjangkau usia 80-an atau lebih.

Kaedah ini selamat serta tidak perlu operasi atau sebagainya.

Friday, October 1, 2010

Ilmu Sedulur Papat Limo Pancar

Ilmu ini bercampur antara ilmu kejawaan atau ilmu jawa kuno dan dengan Ilmu Hikmah Islami. Ilmu ini bersangkutan dengan diri sejati manusia. Dalam rangka mengenal diri sejati kita, kita akan melalui pengenalan pada saudara 4 dan sahabat 5 kita ini.

Sedulur papat limo pancar ini adalah sebuah ilmu kebatinan tahap tinggi, dimana mereka yang mempunyai ilmu ini dapat menggunakan pecahan dirinya untuk berbagai kerpeluan antaranya mengubat, menarik rezeki, bela diri serta memagar tempat atau barang.

Pengguna ilmu ini menggunakan pecahan dirinya untuk melakukan perubatan dan lain-lain. Ilmu ini tidak menggunakan unsur-unsur jin dan lainnya. Amalannya juga mudah dilakukan.

Ilmu Sedulur papat ini juga diklasifikasikan antara ilmu ketuhanan dimana dipelajari pada tahapan ilmu ma'arifat. Dimana yang kita mahu ialah mentauhidkan Allah.

Bagi individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu ini, bolehlah menghubungi saya melalui email rashidinz@hotmail.com.

Tuesday, September 28, 2010

Pesakit 003/10

Pada 21hb Sep lalu,  saya ada merawat seorang wanita yang telah bertunang lebi kurang, 5-6 bulan sahaja. Beliau mengadu melihat makhluk berwarna putih dan hitam didalam rumahnya. Tunangnya pula mudah bersikap panas baran sejak sebulan 2,  yang lalu.

Simtom yang dirasakannya kira-kira 2 bulan yang lalu, antara lain, pendarahan yang berlebihan waktu datang bulannya, susah tidur malam, sentiasa bergaduh dengan tunangnya bila berada di rumah tetapi hilang marah bila diluar rumah serta melihat 2 makhluk halus tersebut.

Setelah discan, saya dapati makhluk putih yg di lihat tu sebenarnya pontianak yang telah dihantar untuk memutuskan pertunangannya. Begitu juga dengan makhluk hitam. Ia dihantar untuk mengganggu tunangnya agar mereka berpisah.

Pertama, saya telah merawat tunangnya dengan memberikannya air yang telah saya jampikan. Kemudian saya menarik barang tersebut darinya. Setelah kurang lebih 30 minit, saya tanyakan khabarnya. Dan dia menjawab yang badannya  rasa lega dah tenang seperti ada yang terangkat keluar darinya.

Untuk wanita ini, memandangkan yang dihantar padanya telah lama dibiarkan, saya memandikannya dengan disaksikan ibunya. Setelah dimandikan, tunangnya telah memberi komen yang wajahnya telah berubah dari sebelumnya. Saya menjampikan air dan memberikan pada wanita tersebut.

Wanita ini memberi maklum-balas, bahawa beliau rasakan dirinya rasa lebih segar. Beliau juga merasa tubuh lebih ringan dan tenang dari sebelumnya.

Saya mengakhiti rawatan dengan membekalkan air 1 botol pada mereka dan kemudian menunggu maklum-balas seterusnya dalam beberapa hari ini.

Tuesday, September 21, 2010

Merawat Ilmu Salah, Saka Serta Mengeluarkan Susuk


Inilah salah satu rawatan yang saya lakukan bagi membantu individu-individu yang mempunyai masalah sebegini. Selalunya, Insha Allah, dalam 3 hingga 7 kali rawatan, masalah ini dapat diselesaikan. Jika ingin menanyakan segala persoalan atau info, sila hubungi saya di talian +6582295143 atau +6012 7346932.

Tuesday, September 14, 2010

Pesakit 002/10

Seorang Doktor,  yang mempunyai masalah sakit perut telah datang berjumpa saya pada 2hb Sep lalu. Setelah di scan, saya dapati dia mempunyai beberapa masalah sihir yang telah lama dan "berakar" dalam tubuh dia terutama pada kawasan perut.

Rawatan bedah haqiqat telah saya jalankan supaya dapat menarik sihir dan di buang serta menguatkan aura energi perut dan organ dalaman-nya.  Ketika proses penarikkan, saya telah menarik sihir tersebut turun ke arah kakinya menuju ibu jarinya (utk ditarik keluar dari tubuhnya).  Waktu menurun di kakinya dia mengadu rasa pedih bila sihir itu turun ibarat kakinya bisa. Saya juga membekalkan sedikit ubatan untuk menguatkan perutnya.

Pada hari Isnin yang berikut, dia datang kembali dan memberitahu sakitnya perutnya telah hilang, walhal sakit ini telah bertahun lamanya.

Dr Mohamed Rashidinz Shariff

Dr Mohamed Rashidinz Shariff, ND, HD, ADAS(N), BNSc(Hons), MNSc, is a Naturopathic Physician registered in Australia. He hold a Masters degree in Natural Science. Besides that he is also trained in Malay Traditional Medicine and martial arts, Silat.

Full time, Dr Rashidinz is a Naturopath with a clinic in Singapore. He specialises in Allergies, Children with development issues, e.g ADD, austism, ADHD etc and Intestinal Dysbiosis or Leaky Gut Syndrome. Utilising methods and techniques that are scientifically proven, including herbs, vitamins and supplements, amino acids, homeopathics, as well as Bio-energetic medicine.

Part time, Dr Rashidinz is a Malay Traditional Medicine physician. This he has been doing since his teenage days, learning from different Masters from Singapore and Malaysia. His practice of this includes Malay Herbs, massage, different mantras, and shamanistic healing.

Besides these, Dr Rashidinz also teaches naturopathy and malay medicine as well as silat with students from all over asia.