Wednesday, October 13, 2010

Jabat Urat - Membantu masalah, Menjadikan 'burung pipit' ke 'burung garuda'


Jabat urat adalah satu kaedah urut tradisional yang telah lama di lakukan di kalangan  masyarakat Melayu terutama sekali di Malaysia and Indonesia.

Kaedah ini dapat membantu menyelesaikan berbagai masalah lelaki dan juga boleh membantu untuk menjaga kesihatan daya batin lelaki.

Kaedah jabat urat ini adalah satu kaedah urut pada bahagian kemaluan atau zakar serta buahnya dan ari-ari.

Bagaimana urutan Jabat Urat?

Seperti urut pada bahagian lain tubuh,  jabat urat ini adalah untuk membuang angin serta lemak yang terkandung atau tersimpan dalam kemaluan lelaki.  Lemak angin ini yang menyebabkan berbagai macam penyakit diantaranya,  lemah tenaga batin, mati pucuk dan angin pasang.

Setelah di urut, maka akan terkeluarlah angin serta lemak dalam kawasan tersebut, dan ini akan memulihkan perjalanan darah.  Bila ini terjadi, tenaga batin seseorang lelaki akan juga pulih.
  
Jabat Urat dapat membantu menjaga kesihatan batin seseorang lelaki sehingga menjangkau usia 80-an atau lebih.

Kaedah ini selamat serta tidak perlu operasi atau sebagainya.

Friday, October 1, 2010

Ilmu Sedulur Papat Limo Pancar

Ilmu ini bercampur antara ilmu kejawaan atau ilmu jawa kuno dan dengan Ilmu Hikmah Islami. Ilmu ini bersangkutan dengan diri sejati manusia. Dalam rangka mengenal diri sejati kita, kita akan melalui pengenalan pada saudara 4 dan sahabat 5 kita ini.

Sedulur papat limo pancar ini adalah sebuah ilmu kebatinan tahap tinggi, dimana mereka yang mempunyai ilmu ini dapat menggunakan pecahan dirinya untuk berbagai kerpeluan antaranya mengubat, menarik rezeki, bela diri serta memagar tempat atau barang.

Pengguna ilmu ini menggunakan pecahan dirinya untuk melakukan perubatan dan lain-lain. Ilmu ini tidak menggunakan unsur-unsur jin dan lainnya. Amalannya juga mudah dilakukan.

Ilmu Sedulur papat ini juga diklasifikasikan antara ilmu ketuhanan dimana dipelajari pada tahapan ilmu ma'arifat. Dimana yang kita mahu ialah mentauhidkan Allah.

Bagi individu-individu yang berminat untuk mendalami ilmu ini, bolehlah menghubungi saya melalui email rashidinz@hotmail.com.

Tuesday, September 28, 2010

Pesakit 003/10

Pada 21hb Sep lalu,  saya ada merawat seorang wanita yang telah bertunang lebi kurang, 5-6 bulan sahaja. Beliau mengadu melihat makhluk berwarna putih dan hitam didalam rumahnya. Tunangnya pula mudah bersikap panas baran sejak sebulan 2,  yang lalu.

Simtom yang dirasakannya kira-kira 2 bulan yang lalu, antara lain, pendarahan yang berlebihan waktu datang bulannya, susah tidur malam, sentiasa bergaduh dengan tunangnya bila berada di rumah tetapi hilang marah bila diluar rumah serta melihat 2 makhluk halus tersebut.

Setelah discan, saya dapati makhluk putih yg di lihat tu sebenarnya pontianak yang telah dihantar untuk memutuskan pertunangannya. Begitu juga dengan makhluk hitam. Ia dihantar untuk mengganggu tunangnya agar mereka berpisah.

Pertama, saya telah merawat tunangnya dengan memberikannya air yang telah saya jampikan. Kemudian saya menarik barang tersebut darinya. Setelah kurang lebih 30 minit, saya tanyakan khabarnya. Dan dia menjawab yang badannya  rasa lega dah tenang seperti ada yang terangkat keluar darinya.

Untuk wanita ini, memandangkan yang dihantar padanya telah lama dibiarkan, saya memandikannya dengan disaksikan ibunya. Setelah dimandikan, tunangnya telah memberi komen yang wajahnya telah berubah dari sebelumnya. Saya menjampikan air dan memberikan pada wanita tersebut.

Wanita ini memberi maklum-balas, bahawa beliau rasakan dirinya rasa lebih segar. Beliau juga merasa tubuh lebih ringan dan tenang dari sebelumnya.

Saya mengakhiti rawatan dengan membekalkan air 1 botol pada mereka dan kemudian menunggu maklum-balas seterusnya dalam beberapa hari ini.

Tuesday, September 21, 2010

Merawat Ilmu Salah, Saka Serta Mengeluarkan Susuk


Inilah salah satu rawatan yang saya lakukan bagi membantu individu-individu yang mempunyai masalah sebegini. Selalunya, Insha Allah, dalam 3 hingga 7 kali rawatan, masalah ini dapat diselesaikan. Jika ingin menanyakan segala persoalan atau info, sila hubungi saya di talian +6582295143 atau +6012 7346932.

Tuesday, September 14, 2010

Pesakit 002/10

Seorang Doktor,  yang mempunyai masalah sakit perut telah datang berjumpa saya pada 2hb Sep lalu. Setelah di scan, saya dapati dia mempunyai beberapa masalah sihir yang telah lama dan "berakar" dalam tubuh dia terutama pada kawasan perut.

Rawatan bedah haqiqat telah saya jalankan supaya dapat menarik sihir dan di buang serta menguatkan aura energi perut dan organ dalaman-nya.  Ketika proses penarikkan, saya telah menarik sihir tersebut turun ke arah kakinya menuju ibu jarinya (utk ditarik keluar dari tubuhnya).  Waktu menurun di kakinya dia mengadu rasa pedih bila sihir itu turun ibarat kakinya bisa. Saya juga membekalkan sedikit ubatan untuk menguatkan perutnya.

Pada hari Isnin yang berikut, dia datang kembali dan memberitahu sakitnya perutnya telah hilang, walhal sakit ini telah bertahun lamanya.

Dr Mohamed Rashidinz Shariff

Dr Mohamed Rashidinz Shariff, ND, HD, ADAS(N), BNSc(Hons), MNSc, is a Naturopathic Physician registered in Australia. He hold a Masters degree in Natural Science. Besides that he is also trained in Malay Traditional Medicine and martial arts, Silat.

Full time, Dr Rashidinz is a Naturopath with a clinic in Singapore. He specialises in Allergies, Children with development issues, e.g ADD, austism, ADHD etc and Intestinal Dysbiosis or Leaky Gut Syndrome. Utilising methods and techniques that are scientifically proven, including herbs, vitamins and supplements, amino acids, homeopathics, as well as Bio-energetic medicine.

Part time, Dr Rashidinz is a Malay Traditional Medicine physician. This he has been doing since his teenage days, learning from different Masters from Singapore and Malaysia. His practice of this includes Malay Herbs, massage, different mantras, and shamanistic healing.

Besides these, Dr Rashidinz also teaches naturopathy and malay medicine as well as silat with students from all over asia.

Tuesday, August 31, 2010

DARUL HIKMAH

Di Darul Hikmah, rawatan yang di jalankan adalah seperti berikut:


a) Urut Tradisional - Kaedah urut badan cara tradisional Melayu. Ini dapat membantu merawat sengal-sengal serta lenguh-lenguh badan, keseliuh, bengkok, sakit kepala, penyakit urat saraf, membuang angin, lemak serta lendir, dan juga dapat menjaga kesihatan tubuh.


b) Bekam - Bekam adalah satu kaedah untuk mengeluarkan darah serta kotoran atau toksin dari tubuh kita. Kaedah ini adalah salah satu sunnah Nabi Muhamad s.a.w. Kaedah ini sangat baik untuk menjaga diri kita dari berbagai macam penyakit yang memudaratkan pada hari-hari tua nanti.

c) Gurah - Ini adalah satu rawatan tradisional Melayu yang dapat membantu untuk berbagai masalah seperti resdung, sakit mata, masalah perut, juga masalah pernafasan seperti semput, batuk kering dan lain-lain. Gurah terbagi kepada empat, gurah mata, hidung, perut dan vagina.


d) Jabat Urat - Ini adalah kaedah merawat masalah penyakit lelaki seperti lemah tenaga batin, masalah saiz, masalah kekerasan dan lain-lain. Jabat Urat juga dapat membantu untuk masalah sexual wanita seperti masalah zuriat.


e) Tenaga Dalam - Tenaga Dalam dapat di gunakan untuk merawat penyakit zahir serta bathin. Tenaga Dalam dapat membantu untuk memperbaiki perjalanan tenaga atau 'chi' dalam tubuh kita agar penyakit yang kita rasai dapat di ubati sendiri oleh tubuh kita.

f) Rawatan Islami – Kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran atau do’a untuk merawat berbagai macam penyakit. Kaedah ini telah di buktikan keberkesanannya.


g) Herba - Kaedah rawatan menggunakan produk alami seperti tongkat ali, dan lain-lain herba melayu dan china.

h) Homeopathy -

i) Vitamin - Antara lain menggunakan Vitamin C, E yang diperlukan tubuh untuk berfungsi dengan sempurna.