Tuesday, September 28, 2010

Pesakit 003/10

Pada 21hb Sep lalu,  saya ada merawat seorang wanita yang telah bertunang lebi kurang, 5-6 bulan sahaja. Beliau mengadu melihat makhluk berwarna putih dan hitam didalam rumahnya. Tunangnya pula mudah bersikap panas baran sejak sebulan 2,  yang lalu.

Simtom yang dirasakannya kira-kira 2 bulan yang lalu, antara lain, pendarahan yang berlebihan waktu datang bulannya, susah tidur malam, sentiasa bergaduh dengan tunangnya bila berada di rumah tetapi hilang marah bila diluar rumah serta melihat 2 makhluk halus tersebut.

Setelah discan, saya dapati makhluk putih yg di lihat tu sebenarnya pontianak yang telah dihantar untuk memutuskan pertunangannya. Begitu juga dengan makhluk hitam. Ia dihantar untuk mengganggu tunangnya agar mereka berpisah.

Pertama, saya telah merawat tunangnya dengan memberikannya air yang telah saya jampikan. Kemudian saya menarik barang tersebut darinya. Setelah kurang lebih 30 minit, saya tanyakan khabarnya. Dan dia menjawab yang badannya  rasa lega dah tenang seperti ada yang terangkat keluar darinya.

Untuk wanita ini, memandangkan yang dihantar padanya telah lama dibiarkan, saya memandikannya dengan disaksikan ibunya. Setelah dimandikan, tunangnya telah memberi komen yang wajahnya telah berubah dari sebelumnya. Saya menjampikan air dan memberikan pada wanita tersebut.

Wanita ini memberi maklum-balas, bahawa beliau rasakan dirinya rasa lebih segar. Beliau juga merasa tubuh lebih ringan dan tenang dari sebelumnya.

Saya mengakhiti rawatan dengan membekalkan air 1 botol pada mereka dan kemudian menunggu maklum-balas seterusnya dalam beberapa hari ini.

1 comment: