Tuesday, September 14, 2010

Pesakit 002/10

Seorang Doktor,  yang mempunyai masalah sakit perut telah datang berjumpa saya pada 2hb Sep lalu. Setelah di scan, saya dapati dia mempunyai beberapa masalah sihir yang telah lama dan "berakar" dalam tubuh dia terutama pada kawasan perut.

Rawatan bedah haqiqat telah saya jalankan supaya dapat menarik sihir dan di buang serta menguatkan aura energi perut dan organ dalaman-nya.  Ketika proses penarikkan, saya telah menarik sihir tersebut turun ke arah kakinya menuju ibu jarinya (utk ditarik keluar dari tubuhnya).  Waktu menurun di kakinya dia mengadu rasa pedih bila sihir itu turun ibarat kakinya bisa. Saya juga membekalkan sedikit ubatan untuk menguatkan perutnya.

Pada hari Isnin yang berikut, dia datang kembali dan memberitahu sakitnya perutnya telah hilang, walhal sakit ini telah bertahun lamanya.

No comments:

Post a Comment